saya budak baru belajar.=D

selama beberapa hari saya tidak menghantar post apa-apa, ada few things yang saya rasa baru dlm hidup saya. hehe, mungkin they were very common among of u guys, or maybe mereka tidak digunakan secara meluas, sebab tu saya tak tahu. hehe.

1. saya baru tahu apa itu ranjau. RANJAU. ranjau tu ialah benda yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk buat perangkap. diperbuat daripada buluh yang ditajamkan di bahagian hujung. kemudian diikat dan disambung dengan satu part yang apabila dipetik akan terbang lah buluh-buluh itu menikam siapa yang ditujukan. alaa, macam dalam predator tu kan ada. ranjau ni pula saya baru dengar, eh no, saya tengok dalam blog Titian Budi, tapi penulis blog tu suka kelentong orang, beliau cakap ranjau tu seperti iguana. ada ka patut? ish3. credit untuk abg fuaid di Taiping kerana tidak turut sama mengelentong saya.

2. saya baru tahu apa itu rewang. REWANG. Rewang tu ialah persiapan untuk malis makan-makan atau party. macam tu la. saya baru tahu.

3. saya baru tahu apa itu susur gajah. SUSUR GAJAH. menurut sumber yang mengeluarkan perkataan susur gajah ni di depan saya, susur gajah ialah jalan yang berbumbung. saya kata koridor, mereka tak setuju! sekali lagi, saya tanya abg fuaid (abg ni supplier corporat shirt) , yes!! beliau juga tak tahu apa itu susur gajah. bila diterangkan oleh pihak yang arif tu, abg fuaid cakap, “oh koridor” yeay! kali ni nasibku dibela. hehe. seronok2. ok, untuk pengetahuan mereka yang seperti saya, susur gajah ialah laluan berbumbung. kalau anda datang di utp, susur gajah itu anda boleh tengok sepanjang jalan student sini nak ke kelas ok.

4. oh, saya pulang ke kampung keluarga angkat di kuala kangsar, dan ke ulu kernas. saya seronok sebab selepas sekolah rendah, saya tak pernah main air terjun lagi.

5. saya seronok bila dapat naik moto lama-lama dengan mak angkat menuju ke ulu kernas.

6. saya rasa mengantuk semasa bonceng moto waktu balik dari ulu kernas. ngantuk gilaaa! nasib baik tak jatuh moto.

7. oh ya, saya baru tahu, khairi jamluddin dipanggil dengan nama panggilan, KJ.

8. saya baru melihat kejadian seperti ” berkawan perlukan sebab”

9. kali pertama saya diganggu dengan gangguan nyamuk yang sangat dasyat. ya, SANGAT DASYAT! semasa di rumah keluarga angkat di kuala kangsar. banyak gila nyamuk. yang peliknya, mak angkat saya tu masa saya tido dalam bilik dia datang kejap, saya pun cakap la, “mak, banyak nya nyamuk” mak angkat saya cakap, ” nak kelambu” , ” takpe la mak, panas ni” sehinggalah saya tak tahan dan keluar dari bilik tu, lepak kat ruang tamu. saya ke dapur sekejap, and saya nampak ubat nyamuk. dua kotak kot, yang saya hairan, kenapa mak saya tak offer ubat nyamuk. wawawa… masa tu dah pukul dua, rugi masa tido saya. isk

10. nyamuk di kuala kangsar tegar ubat nyamuk. sebab mereka terbang mengelilingi ubat nyamuk dengan begitu lama amat. pelik kan?

11. kali pertama saya tengok pelamin kat luar rumah. masa kenduri dekat rumah kampung mak angkat saya hari tu.


p/s : sape satu geng dengan saya? angkat tangan cakap yeay!

8 Respons to this post.

  1. bace post ni dengan gaye atiq ckp. hahaha…~ ranjau ye. RANJAU..

    Balas

  2. zuren : haha, ateq2.. yela, rewang ye. rewang..

    Balas

  3. hmmm.. kebanyakkan nye saya tau.. hahha….

    ok.. adakah u tau apa itu epok-epok? simpul biawak? jajan?
    hahah. sila respon..

    Balas

  4. nombor 10 itu mcm menyakitkan hati pula bunyinyer…ade….nyamuk crook!

    Balas

  5. Posted by orang3pesona on 30 Januari 2009 at 10:50 am

    haha..
    mase aq kt pkn dulu KJ 2 ketua jurulatih..

    kalo ko x tau pkn 2 pe..ssh r..
    letakla 2 dalam list k.

    Balas

  6. half semakin kacak : epok-epok tu tepuk-tepuk ke? simpul biawak tu sejenis ikatan tali, dan jajan tu sejenis makan yang mnyeruoai goreng pisang. sekian. yes2.

    lydiarayyan : agak la, haha. aku mmg sket hati nak mati time tu.

    orang3pesona : wei! pkn ke plkn? plkn aku tau la. ke ko yg slp. hehe

    Balas

  7. haha…
    epok-epok adalah karipap..
    simpul biawak adalah salah urat (xramai yg pakai nama ni lagi)
    jajan ni cm keropok2 la.. sama gak cm cikedis..

    pkn == plkn kak… haha

    Balas

  8. Posted by najie on 22 Jun 2009 at 4:16 pm

    hye.btw no3 tu susur gajah ke gajah menyusur??

    Balas

Balas kiriman ini