hari-hari cuti yang rosak.

ok. mula dari hari khamis, aku berviva dengan lab demo yang sungguh sempoi. siap menipu aku lagi. sungguh aku sudah pun study ketiga-tiga eksperimen itu, tapi bila dia kenakan aku, boleh pula aku percayakan dia. patutnya aku yakin. haha.

lepas viva, aku ajak mereka (tisha, nana, pojiah dan aini) untuk makan, tapi sebelum tu kami ke MPH untuk ambil slip exam. terlintas pula dalam ingatan aku, cuti sem yang bakal aku dapat selepas berujian nanti. tak sabar. hehe.

ok, kami ke bank, ” aku kuarkan duit banyak, nanti korang bayar balik yer ” baik benar aini.

mulanya, aku ajak mereka makan di luar, ada pula yang teringin ke secret recipe. katanya mahu makan tom  yam kung. apa tu tom yam kung? aku tak pernah makan. secret recipe untuk aku beli indulgence sahaja. hehe. ” baik kita ke ipoh je” aku cadangkan. ” leh tengok movie skali” tisha pula.

ok, oh ya baru aku teringat, aku perlu hantar roomate ke medan gopeng. terus, aku naik ke bilik dan suruh itah bersiap. hehe, pity her, aku suruh dia berkemas cepat-cepat. ok, kami ke medan gopeng dulu. yang di belakang empat orang berhimpit sekejap lah.

perut yang bunyi-bunyi dari tadi memaksa kami ke Jaya Jusco dengan segera. ok, ini kisah di JJ ye. tom yam kung 2 mangkuk, spagheti, lagsania dan makaroni. aku order spagheti tapi tom yam kung mereka yang aku bantai. hehe. sedap gile! maklumlah lapar banyak. lagi, wayang ” Coming Soon” (memang seram gila) , Mango ( terai baju-baju mahal sampaikan kena marah dengan tukang kedai), lalu lalang kat secret recipe semula ( cute, haha) . lagi, pusing-pusing ipoh sampai sesat, dan makan di medan gopeng. (memang gemuk hari tu)

ok, balik UTP, ke shogun pula dengan ain, bo, kenit dan miya. macam suka lagu “Pening” hehe.

sabtu, buang masa dalam bilik, ulang drama siri my girl. conan. sampai naik stress.

ahad, sama seperti sabtu. tapi tak tidur malam, dapat juga mentelaah bab “drying”. aku buzz  Tina di yahoo mesengger. menagajak dia main badminton esok pagi. aku text adi juga. ” esok main badminton kat court kul 7 pagi” aku hantar.

malang, lebih kurang pukul lima aku terlelap. adi call banyak kali, aku jawab tapi telefon di tangan dengan mata tertutup. haha. Tina pun tak bangun. musnah harapan main badminton. kalau nak tahu, aku tidur dengan raket badminton dan bola basketball semalam. huhu.

ok sekarang. SETADI.

Satu Respons to this post.

  1. Hi, interesting post. I have been wondering about this topic,so thanks for posting. I will probably be coming back to your posts. Keep up the good work

    Balas

Balas kiriman ini