seperti entry sebelumnya, susunan ayat jelas menerangkan yang aku dalam kondisi yang agak kurang baik. hingga tiba waktu tamat peperiksaan sebelum akhir, segala seratus beban seperti ditinggalkan di belakang. haha. jurus, aku text pak lah( perempuan ya, nama sebenar nor azilah).itu pun handphone lin yang aku pinjam sebap handphoneku sudah lima hari tak bernyawa, bernyawa maksudku di sini tak berkreditan.
” malam ni aku amek hng, belanja aku tom yam kung, ok, lepas mangrib”, dari aku.
tiada balas dari paklah.
malam.
aku memandu ke rumah kak fizah di sri iskandar. monolog ku, aku ingin pergi jauh dari UTP, dan segala yang berkaitan dengan institusi itu. tekad. sampai saja, aku bersama nescafe ais yang aku beli dari pak ali tadi, terus masuk ke dalam rumah bujang itu. ya, memang kondisi dalaman juga merefleksikan kehidupan bujang. bersembang ringan dengan kak fizah dan housemates-nya yang lain. tentang, ex-housemate yang kemalangan di bukit beruntung, kini sedang koma. kenapa Tuhan cipta keadaan koma seperti itu, aku tak tahu, tapi pernah aku dengar, opss bukan, pernah aku baca dari buku-buku yang sama waktu seperti mastika, mereka yang koma seperti mayat yang hidup. maksud di sini, mereka boleh mendengar apa yang orang sekelilingnya katakan. tapi tak mampu untuk berbuat apa. mereka masih punya perasaan tapi tak mampu melahirkan dengan perkataan, hanya air mata mampu dizahirkan. itu pun sesetengah pengkoma sahaja. sadis bukan? Tuhan punya reason tersendiri, kita. terima saja qada dan qadar. semoga kawan kak fizah selamat. Amin.
oh ya, kisah di sini tentang aku dan pak lah. kami ke setiawan, tujuan sebenar secret recipe, spesifikasinya tom yam kung. sambil memandu, mata liar terbulat-bulat memerhati ke jalan besar, moga-moga tiada pak cik polis, sebab kereta aku dah mati road tax. tiba di secret recipe, tiada pak cik polis ok. lega.
terus kami order tom yam kung dan laksa singapore. dua perut yang macam tong sampah ni sudah cukup bersedia. haha. pelayan kat situ macam pelik saja, asyik senyum senyum. gilo ke?
kedai itu bising hanya dengan suara aku dan pak lah. ops, bukan suara, gelak tawa. dua mangkuk sebesar periuk kecil aku bilang dihidangkan depan kami. apa lagi, aku bantai walaupun lelangit aku terjerit-jerit kepanasan. kasihan.
pak lah mahu aku turut serta untuk beli kek. Kek buat mad. mad ni pakwe dia lah. ok, dia kata mad sukakan kek black forest. eh, sebelum tu, kami minta izin abg jaga econsave untuk masuk dalam econ save untuk guna atm. lepas. ok, beli kek. pak lah suruh aku minta lilin.
” lilin satu berapa?” aku soal auntie cina tu.
” kalau lebih daripada sepuluh perlu bayar” dia balas.
” ok, kasi sepuluh” jawab aku.
aku kami balik ke utp. on the way, aku text bo:
” bz tak malam ni? ”
” asal? -Bo-” dia rembat handphone siapa entah.
” nak ajak wat prank untuk mad, awek dia ada sini”
” aku de hal r” , (padahal dia join jugak, sebagai>>>>>tunggu….)
ok Bo tak dapat, aku text bujed pula. (Bo dan bujed ni housemates mad lah) Bujed on saja.

pelbagai draft-draft yang aku plan kan, antaranya : (ini berlaku di padang tasik, di tengah jalan- misi pelan prank- turut terlibat-aku,pak lah, bo dan bujed) oh ya, antaranya :
1. bo dan bujed pakai telekung sambil naik motor,bo bawa motor dan bujed di belakang bawa baldi penuh dengan air tasik yang aku fikir agak busuk. dan bila sampai depan pak lah dan mad, bujed akan cuakkan air ke arah mad. (sambil gelak kan mad)
2. bo bawa motor, dan bujed di belakang sambil bawa baldi penuh dengan air tasik (seperti tadi ya), kemudian miya di belakng mereka berlari sambil memakai kain telekung, dan berkelakuan seperti mahu terbang. ( bayangkan sendiri), dan kemudian bujed akan cuakkan air itu ke arah mad, bukan ke arah pak lah ya. (sambil berkata, “ macam oarng bodoh ar“)
3. aku disuruh panjat pokok, sambil memakai telekung, kemudian bila pak lah dan mad berlalu di bawah pokok, aku akan terjun dari atas sambil berkata , ” aduh sakit, patah kaki aku”- sebijik macam hantu bodoh.
4. pocong-cadangan ditolak oleh lelaki tak macho bo dan bujed.
* yang pasti, pak lah sudahpun message mad, dan bagitahu mad yang aku tinggakan pak lah di pintu pagar UTP. dan aku ke shogun bersama kawan lelaki. (nampak jahat ya aku di sini) -sebenarnya tidak. oh tidak tidak. ok.kemudian pak lah dengan sedihnya suruh la si mad ni datang jemput dia di pak gad punya pondok. boleh la pula, pakwe dia suruh dia sembang-sembang dengan pak gad. dia fikir pak gad tak boleh mengorat pak lah ke? haha.
ok, plan pertama dipersetuju ramai. tapi air ditukar dengan air paip biasa di atas permintaan pak lah, sebap sayangkan pakwe beliau itu. ok bujed pun dengan susah payah ke cafe v6 minta izin abg cafe untuk air paip.
aiya, mad sudah di v1. si bo, bujed dengan miya ni terus ke jalan roundabout tu. mad sekarang dengan pak lah kat parkin padang tasik. bo, miya dan bujed (yang sudah tak sabar) asyik pusing-pusing roundabout, menunggu bilalah pak lah dengan mad nak jalan ke cafe v6. tapi tak jalan-jalan juga. bo pun pusing lah roundabout lagi. macam takde keje je budak-budak tu, dah la bawak baldi. hahaha.
” wei bo, apsal ko pusing banyak kali ni?”- bujed.
“dah tu mad ngan pak lah tak gerak-gerak pun”-bo.
kata zul ” bujed, ko macam budak foundation yang takde air kat bilik, pastu nak pegi mandi kat masjid”
hahahahaha. betul lah kan?? jadi bahan lah bujed.
ok, oleh sebab bo dah pening pusing roundabout kali yang entah ke berapa, mereka bertiga decide untuk terjah saja mad dengan pak lah. terus, ya.. makin dekat dengan kedua kapel itu. mad pula terfikir ” apsal ada orang kat sini, bawak baldi lak tu, takkan lah rakan masjid kot, takkanlah sampai nak simbah air”
jeng jeng jeng!! terus bujed menyimbah air ke arah mad, oh ya, aku ketika itu di jambatan ke cafe v6. dari jauh aku dengar mad termelalak, “Oi!!!”
Bo dengan bujed terus belah dari situ menuju ke pondok. haha, basah jugak baju kau mad!padan muka.
aku nampak ekspresi muka mad seperti agak terkejut. tapi dia nafikan. eleh. kami pun mulalah tiup lilin, potong kek. ops.. bukan kami, pak lah dan mad. sambil makan, masing-masing mula bercerita tentang prank tadi. paling kasihan, bujed. asyik cakap” macam orang bodoh, pusing roundabout banyak kali, sambil bawak baldi” hahahhaaha..lucu lah!!

kenit pun datang nak melahap kek. erm mad, apsal ko suka kek ni, buah dia macam nak buat aku termuntah. hehe.sempat lagi kenit nak bergosip, (ko jangkit dengan aku ke kenit), pasal poji(adik bo). dan juga pasal awek manai!! siapa tau?? bagitau aku cepat yer, nanti aku belanja.

perut kenyang sudah, kek pun dah habis. mahu pulang.semua pun pulang. pulang pulang pulang.
gembira melihat kamu gembira.

selamat hari jadi mad.
Posted by ~cik Someh yg comeylll..heee~ on 25 April 2009 at 7:22 am
azeh kuuuu~
knape kah mata anda kelihatan sedikit bengkak di si tu???
jumpa july naty..cant wait!!!hehee =)
Posted by blair waldorf on 25 April 2009 at 2:00 pm
hahahahahhahaha,,,lwk gila oke!!boleh la.pnjm nanty nk smbut bufday kwn alin yer??awat xjdik buat yg pakai telekung tuh??hhuuh
Posted by ashleycadbury on 25 April 2009 at 11:43 pm
~cik someh yg comeylll : ye kak somkuuuu.. bengkak eyh? byk jam jaga lebih dr tido kot.. hehe. yaya, tak sbr nyaaaa!!! miss u. byk cter ni. hehe
blair waldorf : hye miss blair, nak pinjam apa? baldi eyh? heheh, bole2, budak2 tak macho tu tamo, penakut lah mereka. hahahaha..
Posted by doraemon on 26 April 2009 at 7:14 pm
ak jugak seperti `org bodoh` + sewel2…berdiri di tepi jalan kul 2pag.hahaha! naseb xjupe telekung terbng yang jatuh dr pokok!
Posted by Healthy Diet Lets Woman Lose Thirty Pounds in Thirty Days on 1 Mei 2009 at 3:24 am
Hi, good post. I have been wondering about this topic,so thanks for sharing. I will certainly be coming back to your site.