merepek lagi. ;P

Rasa satu.

Bengang sangat di tanah UTP ni gara-gara internet sambungan yang down sejak dua hari lalu. Apsal ni? Tolong jawab.

Jawab jawab jawab!

Oh, tahu. Aku punya tanggungjawab yang lebih penting. Seperti biasa, kalau kau sudah bergelar pelajar, yang dipikul hanyalah ilmu, buku, lecture notes, projek, assignment, kerja sekolah dan sebagainya.

Tapi bukan semata-mata itu, desas desus ada terdengar, “takde life ar kalau takde internet!” (bukan aku cakap).

Huh, entah. Bahkan sekarang pun, aku menulis bukan di ruang wordpress itu sendiri, hanya di ruangan biasa Microsoft Word. Nak belajar ni tak boleh paksa-paksa ya, kalau aku cakap aku belum ready untuk memulakan minggu study week yang diperuntukkan, maknanya, aku belum bersedia lah. Maknanya, aku sedang mengumpul sepenuh keinginan, kemampuan untuk ke garisan permulaan. Ok? Jadi aku akan balik ke rumah untuk rileks-rileks sekejap.

Padan muka kau UTP sebab kena tinggal dengan aku. (gelak sopan)

Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu.

Kalau kau tak nak faham, ada aku kisah?

Rasa dua.

Hey kau pernah rasa malu? Aku pernah. Setakat malu biasa-biasa aku tak akan ambil kisah. Sebab aku memang tak pernah rasa malu kalau setakat kena marah dengan pak gad. Kalau hanya jatuh tangga, malu seminit dua. Di garisan normal semula selepas aku cakap, “aduh sakit nya, sape yang tolak ni?” –sambil muka aku muka tensen, bukan gelak tawa lagi. Jadi tak akan ada sesiapa yang akan gelak-gelakkan aku. (ini salah satu cara mengawal malu ya) .

Lagi, kalau kau tersalah panggil orang. Bila orang tu pandang kau, kau cakap macam ni, “ hesh, apsal lak ni takde line ke” (sambil pandang handphone kau, sambil hempuk-hempuk handphone kau kat dinding, tak pun pijak je terus). Lepas tu, kau cakap la kat orang tu, “handphone saya handphone murah la, panggil pun tak dengar, hehe”. (sambil sengih-sengih)

Lagi, setakat kau kena heret masuk dalam kereta polis, oh ya.. itu aku malu gila.

Lagi, kalau kau puji-puji seseorang tu lebih-lebih dalam blog kau, lepas tu orang tu baca blog kau. Orang tu mengaku pulak dia baca blog kau, maksudnya beliau baca pujian-pujian kau untuk beliau. Ada malu tak? Ya, ini aku malu. Malu macam nenek kebayan muda. Yalah, kalau kau memang kenal beliau, mungkin kurang sikit tahap malu kau. Tapi bila kau expect beliau tak akan pernah baca blog kau, bahkan terjumpa sekalipun. Malu tu sampai kau sorok bawah katil ok tak mahu keluar keluar. (kecuali bawah katil kau ada dua tiga ekor lipas bongok).


Ok, cara-cara untuk hilangkan malu.

  1. pretend. Pretend kau tak tahu apa-apa. Hehe.
  2. buat-buat terkejut, “ha?? Apsal jadi macam ni ni?” pastu kalau reti keluarkan air mata, buat lah. ( tak perlu la kau ambil cili gosok-sosok kat mata kau depan orang tu, bodoh)
  3. kalau kau jatuh tangga, buat-buat pengsan lah. (ini untuk mereka yang boleh tahan gelak sahaja, untuk orang species dengan aku tak bole) yang satu species dengan aku, kalau jatuh tangga, kau bangun semula, berlagak jalan seperti biasa, walaupun kaki kau sakit macam gila.
  4. lari lah sampai pengsan aku selalu buat. Tapi tak pernah pengsan lagi.
  5. tekup muka kau kat bantal sampai lemas. Jangan sampai kau terasa nak mati plak. (jangan la pandai sangat ok)
  6. Kalau kau jogging sorang-sorang, ada suara-suara yang macam monyet buat kenduri dari blok blok berdekatan tu panggil-panggilkau, kau pusing mengadap diorang, pastu cakap, “ Wei monyet,apsal ni? Pisang dah habis ke?”
  7. kalau ada orang malukan kau dengan report kat mamat mana-mana yang kau minat mamat tu, kau cakap je , “jangan perasan lah! Muka macam botol air!” (logik tak? Huhu, yang ni aku tak expert sangat la)

*tapi yang selalu aku buat, pretend lah, dengan senyuman, dengan kata-kata. haha, (bila balik bilik, macam nenek kebayan tadi lah, huhu)

Balas kiriman ini