kembalikan.

pagi..

jauh, nun di kota pesatnya kurang

rasa ingin berehat

rasa ingin ku tarik hebat nafas

rasa ingin lepas jauh nafas

penat dek otak ligat memikir


apa harus aku fikir

apa harus aku mengomel-ngomel kecil

apa harus aku bebanan hati

apa harus aku penjarakan rasa

apa harus aku terus bertapak tetap

bukankah dunia ini aku punya

aku punya hak atas diri bukan?


tapi

mengapa “kuasa” itu tegar enggan mengalah?

bagai mahu selamanya beraja di sini

pintu di situ

pinta keluar ya

benarkan ruang itu kembali berwarna

benarkan senyuman asal itu gah kembali


Tuhan

kuatkan hati hamba-Mu..

Balas kiriman ini